Ahad, 11 Mac 2012

Tips memilih warna dan corak pakaian

Hye..hari ni nureen nak tunjukkan pada semua tips tips memilih warna dan corak pakaian mengikut bentuk badan..hayatilah ye...:)


Badan gempal dan rendah..:)

Bentuk badan seperti ini sesuai jika dipakai dengan baju yang berwarna gelap..Coraknya pula sesuai dengan corak garis menegak atau corak bunga kecil..elakkan dari memakai skirt yang labuh....

Badan gempal dan tinggi..:p

Bentuk badan ini pula sesuai dipakai dengan baju yang berwarna gelap serta corak bunga yang kecil....

Badan kurus dan rendah..;l

Bagi mereka yang mempunyai bentuk badan seperti ini sesuai memakai baju yang berwarna lebih cerah dan corak bunga sedikit besar..sesuai juga memakai corak garis menegak...

Badan kurus dan tiggi..;s

bagi yang berbadan kurus dan tinggi pula perlulah memakai warna yang cerah dan corak melintang serta bunga yang agak besar supaya mengurangkan dilihat terlalu kurus..corak yang melintang dan besar dapat memperlihat bahawa individu tersebut lebih gempal..


SELAMAT MENCUBA, YE...!!!!!!  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan